Search
Close this search box.

Sarawak catat 76 kes baharu libatkan varian Delta

ByLuqman Muhammad

KUCHING: 76 lagi kes baharu varian Delta (B.1.167.2) telah dikesan di Sarawak, dedah Pengarah Institut Perubatan dan Kesihatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak Profesor Dr David Perera.

Katanya, sampel daripada kes diuji antara 7 hingga 13 Julai lalu dan daripada keseluruhan kes, 52 dikesan di Kuching.

Antaranya dikenal pasti daripada sampel yang diperoleh dari Hospital Sentosa, Balai Polis Satok serta beberapa lagi lokasi di Kuching.

Selain itu, ia juga dikesan di Serian (11 kes), Samarahan (tiga), Sri Aman (lima), Sibu, Miri dan Betong (masing-masing satu).

Pada 13 Julai lalu, Dr Perera memaklumkan 16 kes varian Delta (B.1 617.2) telah dikesan di Kuching setakat 4 Julai 2021.

Dengan penambahan baharu itu katanya, Sarawak mempunyai 17 kes varian Delta dan kesemuanya dikesan di Kuching.

Secara keseluruhan, kes varian Delta di Sarawak kini mencecah 93 kes.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan