Search
Close this search box.
dr neilson

Pendidikan satu cara memerdekakan diri – Dr Elexson Nillian

PERAYAAN HARI SARAWAK mengingatkan Dr Elexson Nillian tentang perjuangan membebaskan dirinya keluar dari kepompong hidup di kawasan terpencil, jauh dari segala kemudahan dan kemodenan, sama dengan perjuangan Sarawak mencapai kebebasan.

Mengimbas kembali kisah hidupnya, pensyarah muda ini berkongsi suatu peristiwa yang membuatkan beliau sedar yang beliau perlu berbuat sesuatu untuk mengubah nasib beliau dan keluarga.

“Waktu itu saya berusia 15 tahun, masih bersekolah di tingkatan tiga di sekolah asrama penuh. Kerama terlalu rindukan keluarga di kampung, saya sanggup meredah perjalanan berbelas jam dalam hujan menaiki bot beberapa kali untuk sampai di kampung.

“Saya tidak mempunyai wang laungsung pada waktu itu dan terpaksa berjalan jauh, menahan kereta untuk sampai ke kampung saya.

“Sebenarnya saya sendiri tidak ingat dan tidak percaya akan kejadian itu tapi itulah ‘wake up call’ saya untuk saya mengubah hidup dan saya sedar tiada cara lain melainkan melalui pendidikan,” katanya.

Bagi pensyarah muda tersebut, kemerdekaan yang sebenar dalam semua hal hanya dapat dicapai melalui pendidikan. Baginya, pendidikan yang sempurna dapat membebaskan kita dari sebarang keadaan jika ingin membaiki hidup.

“Kampung saya membesar itu juga mempunyai kemudahan perubatan yang terhad.  Bayangkan, klinik terdekat pun memerlukan orang kampung menempuh perjalanan selama setengah hari perjalanan menggunakan  perahu panjang selain ketiadaan bekalan elektrik yang menyukarkan proses pembelajaran.

“Semua keadaan inilah yang membakar semangat saya untuk membebaskan diri dan mengubah nasib,” kata Dr Elexson berbangsa Sebob.

Bangsa Sebop ialah salah satu etnik yang sangat minoriti di Sarawak. Sebob tergolong di dalam kategori orang ulu komunti. Penempatan bagi komuniti Sebob adalah di Ulu Tinjar, Baram. Ini termasuklah kampung Long Selapun, Long Sobeng, Long Loyang dan Long Batan.

Mendapat pendidikan awal di SK Long Aton, daerah Tinjar ulu, Baram, Sarawak, beliau kemudiannya mengikut keluarga berpindah ke Bandaraya Miri bagi mendapat peluang pendidikan yang lebih baik.

“Pada mulanya, saya hanya ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana menginginkan kehidupan yang lebih baik di masa hadapan namun saya menjadi lebih bersemangat dengan dorongan keluarga setelah menyedari pendidikan banyak membantu mengubah nasib kami.

“Setelah menamatkan Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi (2011) dan Sarjana Sains dalam Keselamatan Makanan (Mikrobiologi) (2012), saya menyiapkan penyelidikan Sarjana dalam masa enam  bulan dan seterusnya, mengakhiri perjalanan pengajian akademik Doktor Falsafah di dalam Keselamatan Makanan (Mikrobiologi) (2014) selama 3 tahun dan menyiapkan penyelidikan Doktor Falsafah selama 11 bulan sahaja,” katanya.

Selain itu, adanya dorongan yang padu dan berterusan daripada keluarga, mentor, rakan rakan, serta komuniti yang mendukung perjalanan pergajian bertambah lancar dan teguh.

“Jika anak kampung seperti saya daripada pendalaman ulu sungai mampu cari jalan untuk keluar dari kepompong hidup untuk setaraf dengan yang dibesarkan di bandar, saya percaya ini boleh menjadi ilham dan dorongan kepada yang senasib dengan saya,” tambahnya.

Selama pengajian, beliau juga berjaya menerbitkan sebanyak 12 penerbitan akademik dalam dan luar negara serta menghadiri seminar dan persidangan antarabangsa.

Di samping itu, Dr. Elexson Nillian juga pernah mendapat tajaan daripada National institute of Health United State of Amerika selama 2 tahun berturut-turut untuk menyertai persidangan di Jepun dan Dhaka, Bangladesh.

Menurutnya lagi, jalan bagi mendapatkan PhD penuh dengan penderitaan yang menuntut ketekunan dan  tahan uji. Perjalanan pengajian tidak mudah tanpa ada kesungguhan, ketekunan dan hikmat kebijaksanaan dalam mengatur masa dan menyusun strategi agar tidak terkandas di tengah perjalanan pengajian.

Kewangan juga adalah salah satu cabaran besar bagi Dr. Elexson Nillian bagi menampung kos sara diri dan yuran pengajian setiap semester. Mujur sepanjang pengajian, beliau mendapat tajaan  katanya. Ini termasukan tajaan bagi program Sarjana daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), dan pengajian Doktor Falsafah (PhD) pula, beliau mendapat tawaran biasiswa daripada Kementerian Pengajian Tinggi menerusi program MyPhD.

Penat lelah merantau jauh dari Sarawak selama 8 tahun akhirnya terbayar apabila Dr. Elexson Nillian  dianugerahkan Doktor Falsafah pada Januari 2015, dengan CGPA 4.00, ketika berusia 28 tahun. Kata

Baginya, melihat kegembiraan terpancar di wajah kedua orang tua, adik beradik serta keluarga di majlis  konvokesyen adalah anugerah terindah yang tidak akan dilupakan.

Menurut Dr. Elexson lagi, beliau mahu menyahut panggilan Ketua Menteri Sarawak untuk berbakti di tanah air sendiri. Lantas sejurus menamatkan pengajian, beliau telah bersetuju menerima tawaran untuk berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Biologi Molekul, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found