Search
Close this search box.

299 Pelajar Terjebak Isu Dadah Sejak Januari

ByDouglas Elliot

KUCHING, 21 Julai: Sebanyak 299 tangkapan melibatkan pelajar bawah umur dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di Sarawak dilaporkan setakat Jun 2021.

Angka ini bersamaan dengan 6.96% daripada jumlah keseluruhan 4,259 tangkapan sejak Januari tahun ini.

Menurut Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis, dalam sidang media Laporan Bulanan One Stop Committe (OSC) berkata, peratusan ini amat membimbangkan.

“Kebiasaannya mereka diberi (dadah) secara percuma terlebih dahulu. Setelah itu, mereka mula pandai membeli menggunakan duit ibu bapa,” kata Harden.

“Mereka juga akan berhenti sekolah dan tidak akan meneruskan persekolahan berikutan ketagihan,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Superintenden Wong Leong Meng berkata punca pelajar menjadi ketagih adalah kerana mereka mahu merasai perasaan yang sama seperti pertama kali mereka mencuba.

“Pertama kali mereka mengambil dadah, mereka akan merasai sesuatu yang berlainan dalam hidup mereka. Jadi untuk berikutnya, mereka mahu mengembalikan perasaan yang sama seperti sebelumnya,” jelas Wong.

Sementara itu, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak Tuan Iskandar Turkee mengatakan terdapat empat peringkat seseorang individu menjadi penagih dadah iaitu peringkat eksperimentasi, bertempat (situational), penggambilan kerap dan seterusnya peringkat ketagihan.

“Kebanyakan aduan yang diterima daripada keluarga sepanjang tempoh PKP adalah apabila anak mereka sampai di peringkat keempat,” ujar Iskandar yang menyifatkan tindakan keluarga sebagai mengawal dan menyembunyikan masalah daripada pengetahuan ramai.

Justeru, dia meminta agar ibu bapa segera mendapatkan bantuan bagi membantu anak mereka dalam proses pemulihan.

Sepanjang Jun 2021, sebanyak 564 operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan oleh Jabatan Sisastan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Kastam dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak.

Operasi tersebut telah menyaksikan sebanyak 23.3 kilogram dadah dan substance berbentuk mampat dan 1,072 berbentuk pil dirampas oleh JSJN dan Jabatan Kastam dengan anggaran nilai berjumlah RM514,000.

Rampasan dadah tersebut juga telah berjaya menyekat sebanyak 23,837 kali penggunaan dadah dan substance terlarang dan menyelamatkan 5,959 individu bagi tempoh sebulan di Sarawak.

“Nasihat saya adalah supaya komuniti di Sarawak menghindari diri daripada penyalahgunaan dadah dan substance kerana jika anda sudah terjebak, amat sukar untuk dipulihkan,” tegas Harden.

Orang ramai diseru untuk melaporkan maklumat aktiviti penyalahgunaan dadh dan substance di talian Hotline JSJN (012-2087 222), Hotline AADK (019-6262 233) dan Hotline Kastam ditalian 1-800-88-8855

Tags: bm, dadah, pelajar

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan