Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baharu akan diputuskan segera. Gambar hiasan

Permohonan i-Citra mula dibuka hari ini

PENCARUM Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun ke bawah kini boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra bermula hari ini, tiga hari lebih awal daripada tarikh ditetapkan.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, memaklumkan permohonan itu boleh dibuat melalui laman sesawang icitra.kwsp.gov.my.

Bagi memudahkan permohonan dalam talian i-Citra, ahli adalah dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit yang digunakan adalah sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan ‘one-time password’ (OTP). Pastikan akaun bank yang digunakan masih aktif untuk bayaran pengeluaran terbabit.

i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam akaun 1 dan 2.

Menurut kenyataan, pembayaran pertama i-Citra dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun bank pencarum bermula bulan depan.

Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar sehingga lima kali bayaran iaitu sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan.

SUMBER : Awani

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan