Search
Close this search box.

TUDM laksana penerbangan ihsan bawa pesakit jantung ke Sarawak

Gambar kredit FB Angkatan Tentera Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang lelaki warga emas dari Institut Jantung Negara (IJN) di sini, ke Sarawak bagi membolehkannya menjalani rawatan rehabilitasi di Wad Isolasi Pusat Jantung Sarawak.

TUDM dalam kenyataan memaklumkan pesakit yang dikenali sebagai Jarit Luyang, 62, menaiki pesawat A400M daripada No 22 Skuadron yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada jam 6.58 pagi tadi.

Pesawat yang diterbangkan oleh Mej A. Phanom dan Mej Mohd Fitrie Idham Kamaruddin dengan dibantu pembantu juruterbang Kapt Mohamad Ridhwan Yahaya selamat tiba di Pangkalan Udara Kuching pada jam 8.40 pagi bagi membolehkan pesakit mendapatkan rawatan susulan.

“Pesakit mengalami masalah injap pada jantung sebelum menjalani pembedahan penukaran injap mekanikal pada 29 Dis tahun lepas,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, penerbangan hari ini turut membawa pek bantuan makanan asas ke Labuan untuk golongan yang terkesan akibat penularan COVID-19.

“TUDM sentiasa komited dalam melaksanakan tugas menjaga kedaulatan negara tercinta dan dalam masa yang sama turut menunaikan tanggungjawab kemanusiaan,” menurut TUDM.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan