Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan, industri inap desa menerusi pelaksanaan Program Pengalaman Homestay Malaysia di Sarawak menjana lebih RM1.2 juta pendapatan tahun lepas dengan kehadiran hampir 9,700 pengunjung

Pemain industri digesa lihat pendekatan baharu cipta tawaran untuk pelancong wanita – Nancy

ByTVS

KUALA LUMPUR, July 8 — Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri menggesa lebih ramai pemain industri itu untuk melihat pendekatan baharu dalam mencipta tawaran yang dapat memenuhi kehendak pelanggan wanita.

 Bercakap pada Forum Korporat, Pusat Pelancongan Islam (ITC) bertemakan ‘Wanita Dalam Ekonomi Pelancongan Islam’ yang berlangsung secara maya hari ini, beliau memuji ITC kerana memainkan peranan dalam membangunkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang selamat dengan mengungguli konsep pelancongan dan hospitaliti mesra Muslim.

“Meskipun konsep tersebut didukung oleh keperluan dan kehendak berasaskan kepercayaan bagi pelancong Islam, ia turut merangkumi keutamaan berhubung keselamatan, privasi dan keselesaan pelancong wanita,” katanya.

Dalam ucapannya, Nancy berkata antara usaha utama ITC ialah program Pengiktirafan Kemudahan Mesra Muslim (MFAR) dengan mengiktiraf hotel dan resort yang menawarkan keperluan pasaran pelancong Islam termasuk menyediakan kemudahan berasingan berdasarkan jantina seperti kolam renang dan gim.

Setakat ini, katanya sejumlah 44 hotel di Malaysia telah diiktiraf oleh ITC di bawah program MFAR termasuk rangkaian tempatan dan jenama antarabangsa.

Beliau berkata usaha ITC itu telah menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebagai Destinasi Mesra Muslim bagi Wanita paling popular dalam Laporan Mastercard-Crescentrating 2019 ‘Muslim Women in Travel.’

Melangkah ke hadapan, Nancy berkata kementerian itu menyokong usaha ITC dalam membangunkan garis panduan untuk produk, hospitaliti dan perkhidmatan mesra Muslim lain dalam industri pelancongan.

Beliau berkata garis panduan itu juga akan memberi manfaat kepada pelancong wanita tanpa mengira agama dengan mengutamakan privasi dan keselamatan mereka semasa melancong ke Malaysia.

Menyentuh pembabitan wanita dalam industri pelancongan, Nancy berkata kumpulan itu sering tertumpu kepada pekerjaan berkemahiran rendah atau tidak rasmi dalam sektor itu sehingga mengehadkan kemampuan mereka untuk menyerap kejutan ekonomi seperti kesan pandemik COVID-19 yang tidak dijangka.

Selain itu, sebagaimana dalam industri lain, beliau berkata wanita dalam bidang pelancongan turut berdepan masalah penganiayaan.

Katanya oleh itu, acara seperti forum hari ini akan mencari jalan untuk menjadikan pelancongan sebagai sesuatu yang lebih selamat, inklusif, bermakna dan lestari kepada golongan wanita yang semakin ramai melibatkan diri dalam industri tersebut sama ada sebagai pengamal mahupun pelancong.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan