Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
LABUAN, 15 Jun -- Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasang kawat berduri berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bersasar di Jalan Tun Mustapha tengah malam tadi.? Sekatan pergerakan penuh itu akan dilaksanakan sehingga 28 Jun ini bagi mengekang serta melandaikan lonjakan kes COVID-19 yang tinggi di Labuan dalam tempoh tiga minggu kebelakangan ini. ?--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Polis kenal pasti dua lintas pagar kawat duri untuk lari dari kawasan PKPD

ByYazid Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — Polis sudah mengenal pasti dua lelaki yang melarikan diri daripada sebuah kawasan perumahan PPR yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Kampung Pasir, Kampung Pasir di sini, dengan menyusup keluar melalui pagar kawat berduri yang dipasang di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata pihaknya menerima laporan mengenai klip video tular yang memaparkan kejadian tiga lelaki melarikan diri melalui kawat duri tular di media sosial itu pada pukul 4.51 petang tadi.

Beliau berkata kedua-dua dua lelaki yang dikenal pasti berusia 34 dan 46 tahun itu didapati mempunyai rekod jenayah.

“Lelaki berusia 34 tahun itu mempunyai enam rekod jenayah di bawah kesalahan dadah berbahaya dan pelbagai kesalahan jenayah antaranya samun, curi dan lain-lain lagi, manakala lelaki berusia 46 tahun pula mempunyai sembilan rekod jenayah bagi kesalahan pecah rumah dan pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Anuar berkata usaha mengesan lelaki ketiga giat dijalankan dan polis meminta orang awam tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular melibatkan tiga individu yang melarikan diri itu.

Hari ini, tular sebuah video berdurasi dua minit empat saat yang memaparkan tiga lelaki melarikan diri menerusi pagar kawat duri yang diletakkan di sekeliling blok PPR berkenaan. 

— BERNAMA

Tags: #bm, Pkpd

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan