Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Malaysia Terima 1 Juta Vaksin Pfizer 5 Julai Ini

ByAkma Salleh

MALAYSIA akan menerima satu juta dos vaksin Pfizer 5 Julai ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, vaksin itu merupakan sumbangan daripada Amerika Syarikat dan diharap dapat membantu meningkatkan lagi proses vaksinasi yang sedang berlangsung di negara ini.

Menerusi satu kenyataan, Hishammuddin berkata, Malaysia amat menghargai sokongan Amerika Syarikat melalui kedutaannya di Kuala Lumpur.

Sejak pandemik melanda tahun lalu, Amerika Syarikat telah menyumbangkan kelengkapan perubatan, kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan peralatan teknologi maklumat serta komunikasi (ICT) yang bernilai US$250,000.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan sejawat saya (Setiausaha Negara) Antony Blinken dan kerajaan as atas sumbangan itu” katanya dalam kenyataan tersebut.

Sementara dalam usaha memastikan akses global yang adil terhadap vaksin COVID-19, Malaysia turut bersedia menjalinkan kerjasama menyeluruh dengan Amerika Syarikat dalam pengembangan dan pengedaran vaksin.

Dalam pada itu, ujar Hishammuddin, menerusi suratnya kepada Blinken pada 4 Jun, malaysia menyambut baik pengumuman Presiden Joe Biden pada 3 Jun mengenai sokongan untuk mengetepikan secara sementara perlindungan harta intelek (IP) vaksin COVID-19.

Bukan itu sahaja, malah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyambut baik pengumuman itu dan memohon sokongan Malaysia untuk mengetepikan (IP) vaksin COVID-19.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan