Search
Close this search box.

PPV IKBN Berjaya Habiskan Vaksin AZ

BySalasiah Safian

MIRI: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri Sarawak berjaya menghabiskan vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca (AZ) pada Jumaat, 25 Jun 2021.

Sambutan terhadap vaksin AZ didapati amat baik dan setiap hari dos vaksin berjaya dihabiskan sejak permulaan hingga ke hari ini (25 Jun 2021).

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin, pusat itu akan dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin jenis Sinovac.

Hal ini kerana keluasan kawasan luar dan dalam dewan amat sesuai untuk dijadikan sebagai PPV.

Berdasarkan pengalaman sebelum ini, kesesakan tidak akan berlaku jika penerima hadir setengah jam awal sebelum waktu janji temu di MySejahtera.

“Penerima vaksin yang mempunyai janji temu di Mysejahtera mulai esok 26 Jun 2021 iaitu di IKBN Miri perlu hadir dan menepati masa yang telah ditetapkan dan diingatkan juga vaksin yang akan digunakan untuk penerima mulai esok adalah jenis Sinovac.

“Sebanyak 800 dos vaksin jenis Sinovac akan dibekalkan untuk penerima mulai esok. Kapasiti ini akan ditambahkan ke 1,200 jika perlu memandangkan ruang dan kemudahan yang sedia ada adalah mencukupi untuk penambahan kapasiti,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, waktu pemberian vaksin AZ adalah pada jam 8 pagi hingga jam 5 petang.

Walaubagaimanapun, waktu pemberian vaksin Sinovac adalah pada jam 8 pagi hingga 8 malam.

“Perkara ini diambil kira memandangkan proses pemberian vaksin SINOVAC ini dijangka akan melibatkan lebih ramai penerima dan waktu tamat pemberian vaksin pada pukul 8 malam akan memberi peluang kepada penerima yang lewat hadir pada sebelah petang untuk menerima suntikan dan juga akan memberi ruang kepada para petugas untuk menyelesaikan tugasan sebelum tamat waktu pemberian vaksin,” ujarnya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan