Search
Close this search box.

PPV Bergerak Mudahkan Proses Vaksinasi Di Luar Bandar

BySalasiah Safian

KANOWIT, JUN 25: Kejayaan memvaksin 100% penduduk di beberapa kawasan di Kanowit telah membuktikan keberkesanan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak yang dilaksanakan di kawasan pedalaman yang memudahkan proses vaksinasi.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Aaron Ago Dagang, sasaran dos harian yang disuntik adalah lebih kurang 1,200 sehari.

“Kita ada satu statik PPV, di Pejabat Daerah di Dewan Pejabat Daerah Kanowit dan kita mempunyai satu pasukan PPV bergerak yang pergi ke beberapa tempat di Ngungun, di Machan, dan sebagainya.

“Dan kita telah pun melakukan perkara yag di Machan sudah 100%. Begitu juga di Ngungun sudah 100% dan mereka akan berangkat ke Tada dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi TVS.

Sehubungan itu, PPV bergerak juga akan dilaksanakan di kawasan lain di Kanowit.

Kesemua penduduk di Kanowit dijangka akan berjaya divaksin penghujung bulan Ogos ini dengan inisiatif yang giat dilaksanakan.

Sementara itu, beberapa kawasan lain seperti Kapit, Song, Belaga, sasaran jumlah yang akan disuntik untuk sehari adalah sebanyak 3,000 dos.

“Di Kapit terdapat 12 pasukan bergerak dan juga PPV statik. Terdapat sebuah PPV statik di Kapit, sebuah di Song dan sebuah lagi di Belaga. Kebanyakannya dibangunkan di pejabat daerah.

“Jadi kapasitinya adalah dalam 3,000 satu hari dan saya melihat program vaksinasi di Kapit adalah amat lancar,” ujarnya lagi.

Beliau berharap agar bekalan vaksin akan diterima secara berterusan.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan