Search
Close this search box.

PKP Diteruskan atau Dihentikan? Tunggu Keputusan MKN – Abang Johari

ByOdleen Catherny

KUCHING, 25 JUN: Berbaki tiga hari lagi, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal tamat pada 28 Jun ini.

Namun, sudah tentu menjadi persoalan ramai sama ada ia akan dilanjutkan lagi ataupun tidak?

Kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pula, keputusan ini bergantung kepada apa yang bakal diputuskan semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tempoh PKP di seluruh Sarawak dijadual tamat pada Isnin ini, 28 Jun selepas dilanjutkan 14 hari lagi berkuatkuasa 15 Jun lalu.

“Kita tunggu mereka (MKN) bermesyuarat dahulu, terpulang kepada apa keputusan yang dicapai mengikut keadaan yang sesuai,” katanya ringkas pada sidang media selepas lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri Longi di Zon Perindustrian Bebas Samajaya, pada Jumaat.

Mesyuarat itu kelak juga akan disertai oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Menurut Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, MKN kebiasaannya akan melakukan mesyuarat pada Isnin dan Jumaat.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan