Search
Close this search box.

Masyarakat Diseru Beri Kerjasama Menjaga Pili Bomba

BySteward Dawi

Kuching, 25 Jun – Penjagaan pili bomba merupakan tanggungjawab semua dan bukan hanya digalas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia semata-mata.

Masyarakat perlu sedar tentang perkara ini dan bersama-sama membantu pihak bomba dalam menjaga serta memastikan pili bomba di kawasan masing-masing berada dalam keadaan baik.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin,  penyelenggaraan pili bomba penting bagi mengelakkan kehilangan nyawa dan harta benda.

Usaha seperti ini juga bagi memastikan pili bomba tersebut mampu berfungsi dengan baik sekiranya ada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini atau kejadian kecemasan.

“Bagi makluman semua, jumlah keseluruhan pili bomba yang dijaga oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarikei ialah 1, 205 unit dan paip boleh terdiri daripada dua jenis iaitu ‘pillar hydrant’ dan ‘ground hydrant’. Ini merupakan tanggungjawab semua menjaga pili bomba supaya sentiasa berada di tahap yang baik dan boleh digunakan semasa operasi memadam api,” katanya ketika dihubungi TVS pada Jumaat.

Selain itu, dia memberitahu bomba menggalakkan orang ramai menyertai Program Teman Pili Bomba serta diharapkan dapat membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjaga pili bomba.”

Senada dengannya, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Betong, Henry Jugah turut menggalakkan orang ramai turut serta dalam program teman pili bomba supaya lebih tahu tentang tanggungjawab perlunya menjaga pili bomba di kawasan kediaman masing-masing.

“Pili bomba mesti diletakkan pada tempat yang strategik dan dijaga dengan baik supaya dapat mengurangkan kerugian kerana kebakaran. Tujuan Teman Pili Bomba diwujudkan bagi membantu memantau dan membuat aduan kerosakan pili bomba kerana vandalisme.” tambahnya.

Dalam pada itu, Henry memberitahu, alat pemadam api mudah alih mesti ada disediakan di kawasan rumah supaya boleh digunakan ketika ada kecemasan.

“Alat pemadam api mudah alih ini mesti diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan diambil sekiranya mahu digunakan. Alat ini mesti digantung supaya tabung dan isi kandungan tidak mudah rosak. Alat ini mesti diletakkan berhampiran pintu.” Jelas Henry.

Katanya lagi, alat pemadam api 4 kg mesti digantung 1.5 meter daripada lantai dan alat pemadam api yang berat lebih ari 4 kg digantung 1 meter daripada lantai rumah.

Tags: #ib

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan