Search
Close this search box.

‘Home To You’ Menjadi Taruhan Clinton Jerome

ByFebbright James

MENGHANGATKAN pentas hari pada pertama Festival Jazz Borneo 2021, Clinton Jerome, anak muda yang berbakat besar berasal dari Miri, Sarawak menanam impian untuk berkolaborasi dengan Yuna.


Menjadikan ibu bapanya sebagai inspirasi, Clinton meluahkan rasa bangga apabila dapat menunaikan impian kedua orang tua nya yang ingin melihat beliau berkarya dan menghasilkan muzik sendiri.

Membahasakan dirinya Clinton, beliau turut berharap karya terbaharunya ‘home to you’ mendapat sambutan daripada peminat seni tanah air.


“Inspirasi Clinton untuk berkarya,menyanyi dan membuat persembahan adalah keluarga Clinton. Terutamanya, ibu bapa Clinton yang memang menjadi inspirasi Clinton sejak dari kecil lagi. Ibu bapa Clinton memang minat dalam bidang seni, tetapi mereka tidak ada rezeki untuk menceburi bidang ini. Jadi, Clinton berasa bangga apabila dapat menunaikan impian mereka yang ingin melihat Clinton berkarya,” katanya dalam temubual bersama TVS.


Perjalanan seninya kian menunjukkan langkah kanan sejak menjadi protégé kepada Yuna ketika menyertai satu program bersama Yuna.


“Awal tahun ini, saya ada menyertai satu program yang dianjurkan oleh HP bersama dengan Yuna. Jadi, dalam program tersebut saya telah mempelajari banyak benda seperti tidak membandingkan diri kita dengan orang lain kerana setiap daripada kita mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Selalu jadi diri sendiri,” tambahnya.


Dalam pada itu, Clinton berharap akan ada lebih banyak penyertaan daripada bakat-bakat tempatan mewarnai industri muzik tanah air.


“Harapan Clinton dalam industri muzik ni, saya berharap ramai lagi bakat-bakat dari Sarawak terutamanya, untuk menghasilkan karya seni yang boleh menhgharumkan nama Sarawak.”


Selain Clinton, Festival Jazz Borneo turut menampilkan O-Ha Soul Band, Nisa Addina, Pemenang Borneo Jazz Talent Search 2018 Ta’Dan , Dan Pete Kallang.


Kepada peminat muzik Jazz, anda boleh menonton Festival Jazz Borneo yang akan berlangsung sehingga Ahad ini bermula jam 6 petang hingga 7.30 malam.

Tags: #ib

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan