Search
Close this search box.

Sukarelawan Diperlukan, Turut Serta Dalam Penyelidikan Antibodi Vaksin COVID-19

ByKuan Thai Far

KUCHING: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kini sedang giat menggalakkan penyertaan sukarelawan untuk mengambil bahagian dalam satu penyelidikan mengenai antibodi vaksin COVID-19.

Kajian ini memerlukan seramai 600 orang yang telah divaksinasi dengan vaksin yang digunakan pada ketika ini antaranya Pfizer-BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca bagi melihat perbandingan antara ketiga-tiga vaksin terbabit.

Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS juga berharap melalui penyelidikan ini, ia akan memperoleh data mengenai proses dan cara pengeluaran vaksin dalam tubuh manusia, jumlah antibodi yang dapat dihasilkan oleh tubuh manusia, dan tempoh sah antibodi.

Walaupun negara lain mungkin telah melakukan kajian yang serupa, ini masih akan menjadi projek penyelidikan pertama yang relevan yang melibatkan rakyat Sarawak.

Kepekatan antibodi terhadap virus SARS-CoV-2 adalah antara 0 hingga 22000 AU/mL, tetapi tubuh seseorang memerlukan sekurang-kurangnya 4000 AU/mL untuk mendapatkan perlindungan yang mencukupi.

Buat masa ini, didapati reaksi vaksin juga adalah berbeza pada setiap orang.

Selain itu, terdapat juga beberapa kajian menunjukkan bahawa antibodi mungkin tidak bertahan lama di dalam tubuh manusia, dan mungkin akan habis dalam masa kurang dari 1 tahun.

Bagaimanakah keberkesanannya terhahap orang Sarawak? Adakah kita memerlukan dos tambahan? Bilakah saya perlu mendapatkan dos tambahan?

Ini antara soalan yang akan terjawab setelah penyelidikan ini mendatangkan hasil.

Sehubungan itu, projek penyelidikan ini perlu mengambil 200 penerima vaksin Pfizer, 200 penerima vaksin Sinovac, dan 200 orang lagi penerima vaksin jenis AstraZeneca untuk turut serta dalam kajian.

Syarat penyertaan adalah para sukarelawan mesti berumur 18 tahun ke atas, dan telahpun menerima dos pertama vaksin kurang dari 3 hari (bersamaan 72 jam) semasa sampel darah diambil buat kali pertama, untuk tujuan penyelidikan.

Peserta akan diambil sampel darah sebanyak 5ml, dan dalam 1 tahun memerlukan pengambilan sampel darah sebanyak 6 kali.

Untuk penerima vaksin jenis Sinovac dan Pfizer, jadual pengambilan sampel darah adalah pada minggu ke-0, 3, 6, 16, 32, dan 52; sementara penerima vaksin AstraZeneca adalah pada minggu ke-0, 6, 12, 16, 32, dan 52.

Proses pengambilan sukarelawan akan berhenti sejurus selepas jumlah peserta mencukupi.

Ketika ditemubual oleh TVS, Dr. Tan Cheng Siang, Ketua Penyelidik yang mengetuai penyelidikan tersebut berkata, kajian tersebut akan mengambil masa selama setahun.

Penyelidikan tersebut diusahakan bersama dengan Profesor Dr Asri Said, dan Profesor Dr Lela Su’ut dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UNIMAS.

Untuk mendapat keterangan lebih lanjut, atau ingin menyertai sebagai sukarelawan dalam penyelidikan, boleh berhubung dengan Dr. Tan melalui emel: cstan@unimas.my.

Tags: #bm, unimas

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan