Raja-Raja Melayu Sokong Parlimen Bersidang Secepat Mungkin

KUALA LUMPUR: Raja-Raja Melayu yang menghadiri perjumpaan di Istana Negara hari ini menyokong dan senada dengan pendirian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar Parlimen segera bersidang.

Yang Dipertuan Agong Zahir Pandangan Parlimen Bersidang Secepatnya

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa persidangan parlimen perlu diadakan secepat mungkin dan kerajaan perlu bertindak tegas mempercepat proses vaksinasi agar matlamat imuniti kelompok 80 peratus dicapai seawal mungkin.

SMSU Komited Jaga Kebajikan Ahli

KUCHING: Kesatuan Perkhidmatan Kesihatan Sarawak (SMSU) terus berusaha memberi tumpuan dengan menjaga kebajikan ahli yang terdiri daripada pekerja kesihatan dalam Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Sarawak Terima Hampir 500,000 Dos Vaksin Minggu Ini

KOTA SAMARAHAN: Hampir 500,000 dos vaksin dilaporkan tiba di Sarawak minggu ini di mana sejumlah 110,380 dos vaksin akan tiba esok untuk diberikan kepada penduduk di Miri, Bintulu dan Belaga, manakala 350,000 dos lagi akan tiba di Kuching pada Jumaat ini, untuk PPV di Kuching.