Search
Close this search box.

Sarawak Tambah Petugas Percepat Program Imunisasi COVID-19

SIMANGGANG: Sarawak akan mendapatkan perkhidmatan lebih banyak doktor dan jururawat serta kakitangan bukan perubatan lain untuk mempercepat program imunisasi Covid-19.


Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC), Datuk Amar Douglas Uggah berkata, sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk melihat jumlah yang diperlukan di semua bahagian.


“Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Dr Sabariah Putit akan mengendalikan pekara ini.


“Kita memerlukan tenaga kerja tambahan ini untuk meningkatkan keupayaan vaksinasi di Sarawak dan berharap dapat diselesaikan menjelang Ogos,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas melakukan tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Sri Aman, pada Isnin.


Beliau turut meninjau proses pemberian vaksin PPV Bergerak di Klinik Kesihatan Nanga Tiga, Layar, Betong.


Beliau menambah, kerajaan juga akan mendapatkan sumber dari Fakulti Perubatan Unimas, Segi College Sarawak dan pusat penjagaan. Dengan tenaga kerja yang diperlukan, Sarawak mampu memberikan sekitar 60,000 dos setiap hari.

Datuk Amar Douglas Uggah turut menjelaskan vaksinasi secara ‘walk in’ hanya dibenarkan di kawasan pedalaman sahaja.
Pendaftaran juga turut hanya akan dilakukan setelah mendapatkan vaksin.


“Petugas kesihatan akan menasihati penduduk rumah panjang untuk berkumpul di pusat kesihatan atau sekolah yang berada di kedudukan strategik untuk mereka mendapatkan vaksin. Adalah dinasihatkan supaya tidak lewat dari jadual vaksinasi kerana vaksin adalah sangat penting untuk keselamatan semua,” ujarnya.


Datuk Amar Uggah menambah, pihaknya akan mengetahui secara kasar jumlah penduduk di daerah-daerah sehingga dapat memberikan jumlah yang mencukupi.


“Namun pendekatan ini tidak boleh digunakan di kawasan bandar.”


“Di bandar, orang ramai perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera,” jelasnya.


Dalam pada itu, beliau menasihatkan pasukan petugas Imunisasi di Sri Aman untuk menggunakan sepenuhnya 12,000 dos yang akan diberikan setiap minggu.


Pasukan petugas ini bertujuan untuk memvaksinasi sekitar 79,874 orang dalam tiga fasa yang akan diselesaikan pada pertengahan Ogos.


Setakat ini, seramai 48,233 orang di daerah Sri Aman dan Lubok Antu telah mendaftar mendapatkan vaksin.


Bahagian ini mempunyai dua pusat vaksinasi iaitu di Dewan Suarah Sri Aman dan Kompleks Sukan Majlis Daerah Lubok Antu selain 12 pusat komuniti dan empat klinik swasta.


Hadir sama Menteri Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Dr Richard Rapu dan pegawai perubatan Bahagian Betong Dr Johnny Pangkas.-EDISI UKAS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan