Search
Close this search box.
Kakitangan Bank

Rasuah Pinjaman Peribadi, Seorang Lagi Kakitangan Bank Direman

SHAH ALAM, 15 Jun — Seorang lagi kakitangan sebuah bank tempatan direman tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah daripada pemohon pinjaman peribadi berjumlah RM18 juta antara 2018 hingga 2020.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Parvin Hameedah Natchiar terhadap lelaki berusia 35 tahun itu, selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini.

Lelaki tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor pada 4.05 petang semalam, selepas diminta hadir untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

Mahkamah turut membenarkan permohonan lanjutan reman selama empat hari bermula hari ini, terhadap enam lagi kakitangan bank yang telah direman pada Rabu lepas.

Terdahulu kesemua lelaki itu tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam pada 9.40 pagi.

Pada 8 Jun lalu, SPRM menahan enam individu yang bertugas di beberapa cawangan bank tersebut di sekitar Lembah Klang.

Menurut sumber SPRM, mereka dipercayai telah meminta dan menerima wang suapan antara 15 hingga 35 peratus daripada 110 pinjaman pembiayaan peribadi bernilai lebih kurang RM18 juta.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan