Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 15 Jun -- Kenderaan yang membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar daripada pekarangan Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, June 15 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin was seen in a vehicle exiting the Istana Negara after Muhyiddin had an audience with Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah today. --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHTS RESERVED

Muhyiddin, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat Menghadap Agong Pada Selasa

ByBernama

KUALA LUMPUR: Menjelang Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu yang dijadualkan berlangsung esok, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Kenderaan membawa Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu dilihat memasuki Istana Negara melalui pintu utama pada 2.20 petang, dan beredar meninggalkan Istana Negara pada 3.30 petang.

Sesi sembah maklum oleh Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu hari ini mempunyai kaitan dengan sesi pertemuan pemimpin parti-parti politik yang dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong sejak Rabu lepas.

Seramai 18 pemimpin parti politik menghadap secara bersemuka dan maya di Istana Negara sehingga petang ini.

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar daripada pekarangan Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini. – BERNAMA

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Tun Arifin Zakaria dan beberapa ahli jawatankuasa itu turut menghadap Seri Paduka pada sebelah pagi.

Jawatankuasa khas yang ditubuhkan mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 itu dianggotai 19 individu yang terdiri daripada pakar kesihatan awam, wakil parti politik pembangkang dan kerajaan, tokoh bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, ketenteraman awam, pentadbiran awam dan undang-undang, mufti serta wakil dewan perniagaan.

Esok, tumpuan bakal terarah kepada Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu yang berlangsung di Istana Negara bagi membincangkan soal berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat.

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu adalah kali kedua diadakan di Istana Negara sejak Al-Sultan Abdullah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019.

Kali pertama Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu adalah pada 25 Okt tahun lepas.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan