Search
Close this search box.
Vaksin

Lebih 700 Terima Vaksin Di Dua PPV Di Batang Sadong

KUCHING: Lebih 500 penduduk di Parlimen Batang Sadong, kira-kira 62 kilometer dari sini mendapat suntikan dos pertama vaksin COVID-19 pada hari pertama pengoperasian pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Mesra Simunjan dalam kawasan Parlimen itu hari ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri berkata jumlah berkenaan mewakili lebih 90 peratus daripada penduduk yang tersenarai untuk menerima vaksin di PPV itu hari ini yang akan beroperasi hingga 19 Jun.

“Laporan daripada pihak Kementerian Kesihatan yang berada di lapangan mendapati baki 10 peratus yang tidak hadir didapati sukar dihubungi dan ada juga yang telah mengambil suntikan vaksin di PPV lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata penerima vaksin hari ini terdiri daripada petugas barisan hadapan, warga emas dan golongan berisiko tinggi di kawasan Parlimen itu yang merupakan satu daripada kawasan luar bandar di Sarawak.

Menurutnya, sebuah lagi PPV di Parlimen itu iaitu Pusat Transformasi Luar Bandar di Munggu Lalang mencapai sasaran memberikan vaksin kepada 250 penerima pada hari pertama operasinya.

Nancy turut berharap mereka yang tidak hadir hari ini serta belum menerima vaksin supaya datang pada esok atau hingga 19 Jun ini di PPV yang telah ditetapkan.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan