Search
Close this search box.
3D illustration

COVID: Kes Baharu Meningkat, Catat 5,419 Kes Dalam Tempoh 24 Jam

ByBernama

KUALA LUMPUR: Kes baharu harian COVID-19 hari ini meningkat kepada 5,419 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di dalam negara adalah 667,876 orang setakat ini.

Semalam jumlah kes baharu menunjukkan penurunan apabila 4,949 kes dicatatkan berbanding 5,304 pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter berkata, Selangor kekal negeri tertinggi kes harian iaitu sebanyak 1,996 orang diikuti Sarawak (718), Kuala Lumpur (650), Negeri Sembilan (396) dan Johor (366).

Selain itu, Kedah (252), Kelantan (245), Sabah (230), Melaka (155), Labuan (138), Pulau Pinang (124), Perak (68), Terengganu (43), Pahang (32), Putrajaya (lima) dan Perlis (satu).

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan