Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID: Kes Baharu Turun, Catat 4,949 Kes

KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu harian COVID-19 yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menunjukkan penurunan apabila 4,949 kes dicatatkan berbanding 5,304 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan angka kumulatif jangkitan di dalam negara berjumlah 662,457 orang setakat ini.

Selangor kekal negeri tertinggi kes harian iaitu sebanyak 1,523 orang diikuti Sarawak (744), Kuala Lumpur (503), Johor (430) dan Negeri Sembilan (323).

Selain itu, Sabah (273), Pulau Pinang (214), Kelantan (214), Kedah (199), Perak (136), Melaka (119), Labuan (113), Terengganu (86), Pahang (61), Putrajaya (10) dan Perlis (satu).

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan