Search
Close this search box.

Apple WWDC 2021: 10 Pengumuman Penting Bagi Pengguna Apple

ByTVS

Baru sahaja menyelesaikan Apple Worldwide Developers Conference (WWDC 2021), laman sesawang Apple kini penuh sesak dengan berita dan pengumuman, termasuk pengumuman utama bagi iOS 15 dan perisian macOS Monterey baru.

Perubahan tersebut menampakkan perubahan besar pada FaceTime, dan banyak lagi. Berikut merupakan info ringkasan daripada majlis atas talian tersebut:

1.Apple menambah baik aplikasi Facetime dengan video dan perkongsian musik yang sedia ada

Ciri-ciri baru SharePlay Apple akan membolehkan anda menonton atau mendengar kandungan dengan orang lain secara maya. Apple juga memperkenalkan API SharePlay sehingga pembangun aplikasi luar yang lain dapat membangun dan mengemaskini bagi mendukung penggunaan aplikasi tersebut.

2. Apple akan menggunakan Artifician Intelligence (AI) tersendiri untuk membaca semua teks dalam foto anda.

Aplikasi ‘Live Text’ Apple yang baru akan mendigitalkan teks dalam foto anda, membolehkan anda menyalin dan menampal teks dari foto atau mencetak nombor telefon yang ada dalam gambar. Apple mengatakan mereka menggunakan teknologi AI tersendiri untuk ciri tersebut.

3. Pengguna akan dapat menggunakan iPhone sebagai ID kemasukan di airport.

Sebelum itu, ciri tersebut hanya terpakai untuk negara-negara US (Perisian baru ini hanya boleh di akses pengguna iOS Amerika sahaja). Menurut Apple, Apple Wallet tidak lama lagi akan membolehkan anda menyimpan ID anda dalam bentuk digital (di negara-negara AS yang mengambil bahagian), yang kemudian anda akan gunakan sebagai kad pengenalan diri digital di lapangan terbang AS.

4. iPadOS 15 membenarkan anda meletakkan widget di skrin papan utama dan membawa perubahan kepada sistem multitasking

Dengan iPadOS 15, Apple akan memberi kebebasan kepada pengguna untuk menambahkan widget ke skrin utama dan akses ke pustaka aplikasi, yang telah diperkenalkan tahun lalu di peranti iPhone dengan iOS 14. Apple juga memperkenalkan peningkatan pada multitasking, dengan kawalan baru yang memudahkan pengurusan aplikasi pengguna, dan pengguna akan dapat membina aplikasi dengan menggunakan Swift Playgrounds.

5. Apple Menambahkan Ciri-Ciri Privasi Ke Mail, Safari

Apple mengumumkan ciri-ciri baru yang memfokuskan kepada data privasi pengguna. Ini termasuk Apple Mail akan menyekat ‘tracking pixels’ melalui ‘Mail Privacy Protection’. Safari juga akan menyembunyikan IP pengguna daripada terdedah kepad umum. Apple juga memperkenalkan bagian tambahan baru di dalam setting “Laporan Privasi Aplikasi.”

6. Apple Siri berfungsi tanpa internet dengan penambahan ‘On-Device Speech Recognition’

Apple akan membiarkan Siri memproses permintaan suara di peranti tanpa wayar, dan Siri dapat menerima banyak permintaan ketika tanpa talian luar.

7. Airpod ditambah baik dan mudah dicari

Apple membuat beberapa perubahan baru pada Airpod, seperti peranti tersebut lebih mudah untuk dicari melalui ‘Find My Network’ dan menambah baik notifikasi pada Airpod.

8. Apple iCloud akan disertakan sekali dengan VPN, privasi email dan ‘Homekit Camera Storage’

iCloud Apple akan ditambah dengan servis VPN dan penambahan baru kepada aplikasi e-mel iaitu “Hide My Email”. Konsep baru ini akan menjadi sebahagian daripada langganan iCloud Plus baru, yang akan ditawarkan tanpa harga tambahan kepada pengguna berbayar iCloud semasa.

9. Apple Mengumumkan WatchOS 8 serta ciri-ciri baru

Berita baik untuk pengguna Apple Watch. WatchOS 8 Apple yang akan datang mempunyai ciri kesihatan baru, termasuk aplikasi Mindfulness, penambahbaikan pada muka wajah jam bagi aplikasi foto, dan banyak lagi.

10. Aplikasi Siri Datang Ke Aksesori Pihak Ketiga

Syarikat pembekal automasi rumah, Ecobee, mengatakan bahawa mereka akan menjadi peranti pihak ketiga ayng pertama dengan sokongan untuk Siri sebelum akhir tahun 2021. Syarikat tersebut menunjukkannya pada termostat Ecobee dalam pembentangannya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan