Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Makanan Tradisi Hari Gawai

Sarawak terkenal dengan budaya kaumnya yang berbilang kaum dengan pelbagai jenis makanan yang unik dan eksotik pasti membuat ada terpukau dan ingin mencuba.

Antara sajian utama tradisi yang biasanya dihidangkan pada Hari Gawai termasuklah;

  1. Nasi Merah

Nasi yang berwarna merah muda ini yang diperbuat daripada beras yang berbeza daripada beras biasa sememangnya banyak memberi manfaat antaranya meningkatkan kesihatan jantung, mencegah kanser, meningkatkan kesihatan pencernaan dan banyak manfaat lain.

Masyarakat kaum Iban amatlah menitikberatkan pengambilan makanan yang sihat, tidak hairan lah kebanyakan kaum Iban yang sudah berusia masih kuat  dan sihat.

2. Ikan Tempoyak


Seakan sama masakan dengan ikan patin masak tempoyak, makanan tradisi kaum Iban “Ikan Tempoyak” yang mudah dan cepat dimasak dan sememangnya sedap untuk di makan.

3. Daun Ubi

Daun yang sering digunakan sebagai ubat-ubatan seperti mengatasi bengkak dan demam, daun ini juga sedap jika dimasak dan dimakan.

Ditumbuk dan ditumis dengan perasa seperti ikan bilis dan cili, disumbat ke dalam tabung buluh dan dipanggang di atas api atau hanya direbus dengan bawang merah, lemak dan garam sememangnya memberi aroma bau yang nyaman dan sedap.

4. Umai Ikan

Di Jepun terkenal dengan “sushi”, di Sarawak kita ada Umai.

Umai disajikan dari ikan mentah yang terlebih dahulu dibersihkan dan isinya diambil dipotong secara kecil seterusnya diperap bersama limau, bawangmerah dan cili menjadi tarikan tradisional utama di kalangan penduduk Sarawak.

Umai dipercayai berasal dari kaum Melanau di Sarawak, dan seperti yang kita tahu, di Sarawak kaya dengan kaum yang berbilang bangsa dengan masyarakat yang hidup saling menghormati sesama kaum, tidak hairan lah berbagai kaum menggemari umai.

Umai turut menjadi makanan tradisional utama disajikan ketika menyambut perayaan “Hari Gawai”.

5. Ayam Pansuh

Tidak asing lagi,makanan yang agak terkenal di kalangan masyarakat Malaysia Ayam Pansoh atau dikenali sebagai ‘Manok Pansoh’.

‘Manok’ yang membawa maksud ayam ‘Pansoh’ pula bermaksud dimasak dalam buluh.

Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban di mana cara memasak sama seperti menyediakan lemang, Manok Pansoh dimana ayam dimasak dalam buluh.

Oleh sebab cara masakan ini berasal daripada masyarakat Iban, maka selain ayam bahan-bahan lain seperti daging ikan disediakan mengikut cara yang sama.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan