Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Nancy Shukri Ulas Isu Perli Pakaian Iban

KUCHING, MEI 28: Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Nancy Shukri dilihat turut mengecam tindakan instafamous mempersendakan pakaian tradisi Iban.

Beliau telah berkongsi pendapat beliau di laman Twitternya semalam.

“Tingkahlaku influencer tersebut tidak dapat diterima.

“Nenek sebelah ibu saya berbangsa Iban dari Kapit dan saya masih ingat melihatnya mengenakan Ngepan untuk pertama kalinya dan saya sangat teruja melihat bagaimana nenek saya begitu anggun mengenakannya.

“Malaysia ialah sebuah negara yang terdiri daripada budaya daripda pelbagai bangsa dan suku kaum,” katanya.

Gambar: Tweet Nancy Shukri mengenai isu tular tersebut

Menerusi IGStory milik Instagram Ryzalibrhm, atau nama sebenarnya Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, 28 , beliau telah dilihat menggelar pakaian kaum Iban sebagai “kain buruk” dan ‘alas televisyen’.

Susulan gurauan Ryzal yang menyamakan aksesori pada pakaian itu dengan ‘alas meja’ dan ‘alas televisyen’, video tersebut telah dihapus dan Ryzal telah meminta maaf atas tindakannya.

Turut mengecam tindakan selebriti tersebut, Faye Kusairi, pelakon kelahiran Miri, Sarawak di instagram miliknya. Beliau berpendapat bahawa seorang selebriti atau artis perlu menjaga tutur kata apabila nama meningkat popular.

Gambar: Instagram Faye Kusairi

Ngepan Iban secara umumnya dipakai untuk acara-acara khas seperti Gawai, upacara dan tarian.

Sumber: Murai

Kredit Gambar: Twitter Nancy Shukri, Instagram Faye Kusairi

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan