Search
Close this search box.
PELABUHAN KLANG, 16 Mei -- Anggota Pasukan Polis Marin melakukan rondaan di perairan Pulau Ketam untuk memastikan keselamatan penduduk dan pembanterasan aktiviti jenayah seperti penyeludupan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin. Satu pos gabungan keselamatan akan dibina di Pulau Ketam di sini, untuk dijadikan pangkalan agensi keselamatan melakukan tugasan dan rondaan mencegah kemasukan pendatang tanpa izin serta kegiatan penyeludupan dengan lebih berkesan. Pos gabungan keselamatan dijangka boleh memuatkan satu platun iaitu kira-kira 30 hingga 40 orang pegawai dan anggota dan ia akan menjadi satu pusat dan juga satu markas taktikal untuk semua agensi keselamatan yang beroperasi di Pulau Ketam ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Lapan Ahli Kumpulan Abu Sayyaf Diserah Kepada Filipina

ByBernama

SANDAKAN: Lapan ahli kumpulan Abu Sayyaf yang ditahan pasukan keselamatan Malaysia di Beaufort pada 8 Mei lepas, diserahkan kepada pasukan keselamatan Filipina hari ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali.

Beliau berkata penyerahan itu dilakukan di perairan sempadan Malaysia-Filipina oleh Jabatan Imigresen Malaysia yang diwakili Ketua Penguatkuasa Imigresen Sandakan Muhammad Isa Hasley kepada Western Mindanao Command dan Joint Task Force Sulu diwakili Brig Jen Arturo G Rojas.

“Penyerahan ini dilakukan pada 8.30 pagi tadi menggunakan kuasa di bawah Seksyen 32 (1) Akta Imigresen, kita keluarkan mereka dari Malaysia…seorang daripada mereka yang diserahkan itu adalah ‘sub-leader’ dalam Abu Sayyaf yang dikehendaki oleh pasukan keselamatan Filipina.

“Hasil siasatan juga mendapati seorang daripada mereka mengaku terlibat dalam beberapa siri penculikan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone),” katanya kepada pemberita selepas penyerahan tahanan itu di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut siapa individu yang terlibat dengan kegiatan penculikan di ESSZone itu.

Pada 8 Mei lepas, polis bersama pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menahan lapan ahli kumpulan Abu Sayyaf itu dalam operasi khas pada 3 pagi di kawasan paya bakau di Taman Sri Arjuna, Beaufort.

Dalam pada itu, Hazani berkata pasukan keselamatan akan meningkatkan kawalan keselamatan dan risikan di negeri ini bagi mengesan jika masih terdapat saki-baki ahli kumpulan pengganas Abu Sayyaf itu yang berbaiah dengan militan Daesh.

“Usaha mengesan kita teruskan kerana kita takut masih ada saki-baki (pengganas) yang menjadikan Sabah sebagai tempat persembunyian dan menyampaikan dakyah kepada penduduk tempatan dan rakan senegara atau kepada pendatang haram lain,” katanya.

Hazani berkata sejak 2014 hingga kini, pasukan keselamatan telah menahan 83 ahli kumpulan pengganas di Sabah.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan