Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lily Kucing

Gelagat Kucing “Warga Emas” Buat Ramai Terhibur

GELAGAT kucing adakalanya sangat menghibur dan pada masa yang sama dapat menyentuh hati dan perasaaan. Pencinta kucing pastinya mahu ditemani kucing kesayangan mereka sehingga akhir hayat.

Akan tetapi bukanya mudah untuk mempunyai kucing dapat bersama-sama menghabiskan hidup bersama kerana jangka hayat kucing pada kebiasannya antara dua hingga 16 tahun.

Sebuah rakaman video yang mula tular melalui aplikasi TikTok mendapat reaksi pencinta-pencinta kucing dengan jutaan tontonan.

Reece Alexander – Putinas ialah pemilik kucing yang bernama “Lily” yang dilahirkan pada tahun 1999.

Jika diiukutkan umur manusia, Lily berumur 22 tahun umur manusia dan 104 tahun dalam usia kucing.

Dengan usia yang sudah lanjut, kucing tidak mampu untuk berjalan sepeti kucing yang lain namun masih lagi aktif walau fizikalnya tidak sekuat dahulu.

“Membuat mata masuk habuk” antara kenyataan yang dikeluarkan oleh pencinta kucing melihat kelagat kucing yang amat manja dengan pemiliknya walaupun sudah berusia.

Apa yang lebih menarik lagi kucing yang berusia 22 tahun itu berjaya memanjat sofa tanpa pertolongan dari pemiliknya.

Perkongsian video di media sosial jelas menggambarkan keakraban Lily si kucing “warga emas” dengan pemiliknya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan