Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suntikan Vaksin

Suntikan Vaksin Pfizer rasa seperti “digigit semut kecil”

Nur Farah Diana Binti Abdul Rahim, 27, berasa sedikit gementar sebelum menerima suntikan vaksin. Banyak persoalan bermain di fikirannya, terlintas di fikiran mengenai kesan sampingan selepas menerima suntikan pertama vaksin. Vaksin yang diambil beliau ialah vaksin keluaran Pfizer.

Pada masa yang sama Nur Farah Diana berkata beliau berasa amat bersyukur kerana berada dalam kumpulan yang pertama iaitu kumpulan para barisan hadapan yang menerima suntikan vaksin secara percuma oleh kerajaan. Beliau menjadi tumpuan orang ramai yang menanyakan sama ada suntikan tersebut menyakitkan.

“Rasanya seperti digigit semut kecil semasa menerima suntikan dan mengalami lenguh sedikit di tempat yang disuntik bagi tempoh 24 jam,” jawab beliau ketika ditemu bual oleh TVS.

“Untuk suntikan pertama saya mengalami sedikit alahan di bahagian mulut dan dagu dan pada sebelah malam saya mengalami sedikit kepenatan tetapi selepas mengambil panadol dan rehat secukupnya, saya sihat seperti biasa,” katanya.

“Manakala suntikan kedua saya hanya mengalami lenguh sedikit namun tidak mengalami sebarang demam dan alahan, dan suntikan kedua tidak mengalami sebarang kesakitan ketika disuntik,” katanya.

Beliau berkata ada juga individu yang mengalami tiada kesan sampingan ketika menerima kedua-dua suntikan vaksin tersebut.

Ujar Farah, beliau berharap rakyat Malaysia terutamanya di Sarawak memainkan peranan masing-masing dalam menyokong usaha kerajaan untuk landaikan penularan COVID-19 dan tanpa ada sebarang ragu-ragu terhadap pengambilan vaksin.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan