Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
francisca luhong james puteri santubong puteri sejinjang

Francisca Luhong menggayakan busana inspirasi Hikayat Legenda Sarawak Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang

ByYazid Ibrahim

Kejelitaan gadis kelahiran negeri Bumi Kenyalang, Francisca Luhong James iaitu Miss Universe 2020 telah mengukir nama ke peringkat antarabangsa di Florida, Amerika Syarikat. Beliau telah menggayakan busana inspirasi Hikayat Legenda Sarawak, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang.

Dalam Evening Gown Competition, beliau telah memakai sepersalinan gaun mewah hasil rekaan pereka terkenal Malaysia Rizman Ruzaini yang telah menginspirasikan kisah legenda Puteri Santubong iaitu negeri kelahiran beliau sendiri. Di samping itu, Bunga Terung juga elemen utama yang disuntik di gaun.

Selain itu, sebelum beliau berangkat ke Florida beliau juga telah memberi kejutan dengan mengenakan satu lagi rekaan pereka terkenal Malaysia dengan menginspirasikan lagenda Puteri Sejinjang yang dipersembahkan kepada umum. Manakala warna biru merupakan pulau.

Kisah lagenda Puteri Santubong yang gemar menenun kain dan mempunyai hati yang bersih dan suci telah disumpah menjadi gunung yang gah di Sarawak apabila berlakunya pertengkaran dengan Puteri Sejinjang.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan