Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

27 saman dikeluarkan dalam operasi ‘Op Mabuk’

Sebanyak 27 keping saman pelbagai kesalahan termasuk tidak memakai tali pinggang keledar, tiada nombor pendaftaran, gagal mengemukakan lesen memandu, tidak mempamerkan cukai jalan dan sebagainya telah dikeluarkan dalam operasi Op Mabuk yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching pada 16 Mei 2021.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintenden Merbin Lisa berkata operasi tersebut dijalankan bagi mencegah dan membanteras pengguna jalan raya memandu atau menunggang di bawah pengaruh alkohol.

Tiga orang lelaki tempatan berusia 35, 44 dan 54 tahun juga telah ditahan dalam operasi itu dan dibawa ke IPD Kuching untuk tindakan lanjut kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol. Namun hanya dua daripada tiga lelaki berkenaan didapati positif alkohol hasil ujian pengesanan alkohol yang dijalankan ke atas mereka. Mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika disabitkan kesalahan.

Sebanyak 71 buah kenderaan dan 84 individu telah diperiksa dalam operasi yang berakhir pada awal pagi Isnin itu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan