Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 16 Mei -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan perutusan khas sempena Hari Guru 2020 bertemakan ÔBerguru Demi Ilmu, Bina Generasi BaharuÕ, yang disiarkan di stesen televisyen di Bangunan Perdana Putra hari ini. Dalam ucapannya, Perdana Menteri juga menzahirkan penghargaan kepada guru-guru yang mencapai pelbagai kejayaan cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, May 16 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin during delivering a special message in conjunction with the 2020 Teacher's Day which was aired over television networks at Perdana Putra Building today. This yearÕs TeachersÕ Day celebration is with the theme ÒBerguru Demi Ilmu, Bina Generasi BaharuÓ (Teaching for Knowledge, Shaping a New Generation). --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

Darurat: Sebarang Bentuk Pilihan Raya Tidak Akan Diadakan

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat yang dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata beliau tidak berniat untuk tidak mengadakan pilihan raya, namun perkara utama yang menghalang beliau daripada menasihati Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan Parlimen untuk pilihan raya diadakan ialah pandemik COVID-19.

“Keputusan ini adalah selaras dengan satu daripada lima prinsip maqasid syariah iaitu menjaga nyawa. Dalam konteks ini adalah menjadi kewajiban saya sebagai ketua kerajaan untuk menjaga nyawa rakyat dengan melindungi saudara daripada jangkitan COVID-19.

“Ini adalah kemaslahan paling utama yang dituntut agama Islam,” katanya dalam perutusan khas darurat yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan hari ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin memberi komitmen tegas bahawa pilihan raya akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Khas Bebas memperakukan bahawa wabak COVID-19 telah reda atau pulih sepenuhnya dan pilihan raya selamat untuk diadakan.

“Dalam keadaan biasa, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas kerusi disytiharkan kosong, pilihan raya negeri juga mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan

“Sedangkan kita tahu rakyat pada masa ini tidak mahu pilihan raya diadakan untuk mengelakkan wabak COVID-19 merebak seperti PRN Sabah baru-baru ini ,” katanya.

Muhyiddin berkata selepas Jawatankuasa Khas Bebas yang akan ditubuhkan kelak memperakukan bahawa pilihan raya telah selamat diadakan, terpulanglah kepada rakyat untuk memilih kerajaan mana yang layak mentadbir negara dan menjaga kebajikan rakyat.

“Ini adalah komitmen dan aku janji yang akan saya tunaikan, insya-Allah,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan negara dan rakyat sedang menghadapi satu mudarat besar, adalah amat penting semua ahli politik mengenepikan perbezaan masing-masing dan bersolidariti bersama rakyat.

“Bila tiba masa untuk berpolitik, maka berpolitiklah dengan penuh bertanggungjawab.,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin juga berkata, sepanjang tempoh pelaksanaan darurat, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak akan bersidang sehingga suatu masa yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan