Search
Close this search box.
Abang Jamili Abang Julai pada pengumuman kerjasama antara Maybank dan Hock Seng Lee di Bangunan Hock Seng Lee, La Promenade. Foto TVS

Maybank dan HSL bekerjasama, tawar pembiayaan 120 peratus Home+Reno untuk Samariang Aman 3

ByFebbright James

KUCHING, 18 Mac: Maybank dan Hock Seng Lee (HSL) mengumumkan kerjasama mereka dengan menawarkan penyelesaian secara menyeluruh kepada pembeli untuk memiliki rumah menerusi pembiayaan rumah dan perbelanjaan reka bentuk dalaman (Home+Reno) bagi perumahan Samariang Aman 3.

Maybank dalam kenyataan berkata kerjasama itu adalah untuk memastikan penyelesaian komprehensif bagi individu yang mengimpikan memiliki rumah idaman mereka.

Pembiayaan Maybank MyDeco adalah untuk memperkasakan pembeli rumah dengan pengalaman pemilikan rumah yang komprehensif bagi membolehkan pembeli rumah mendapat jumlah pembiayaan margin kewangan yang belum pernah ditawarkan sebelum ini iaitu sehingga 120 peratus.

Ini membolehkan pembeli rumah mendapat tambahan 30 peratus pembiayaan di samping pembiayaan Maybank/Maybank Islamic Home sedia ada, tertakluk kepada RM250,000 setiap kemudahan.

Pengarah Wilayah Maybank Sarawak, Abang Jamili Abang Julai berkata Maybank MyDeco adalah untuk memenuhi keperluan pembeli rumah untuk menerapkan elemen tersendiri ke dalam ruang kediaman impian mereka.

“Kerjasama kami dengan pemaju yang memenangi anugerah seperti Hock Seng Lee untuk projek perumahan Samariang Aman 3 mereka di Kuching menunjukkan komitmen Maybank untuk menyediakan ekosistem pemilikan rumah yang lengkap dan holistik untuk pelanggan kami.

“Ini adalah bagaimana Maybank mahu menyokong komuniti setempat untuk memilik rumah,” katanya.

“Untuk meraikan rumah baharu anda, pastikan anda menyertai peraduan Pemilikan Rumah Maybank kami di mana anda boleh memenangi ubah suai rumah bernilai RM1.1 juta,” katanya.

Samariang Aman 3 di Petra Jaya ialah kawasan kediaman mesra keluarga.

Pembinaan Samariang Aman sangat berjaya dan telah memenangi Anugerah Kecemerlangan SHEDA untuk Perancangan Induk pada 2011 dan disusuli Samariang Aman 2.

Dalam pada itu, HSL kini sedang membangunkan 638 unit satu dan dua tingkat, teres dan berkembar di Samariang Aman 3 menjadikan jumlah keseluruhan daripada 3,100 unit rumah di atas tanah seluas 310 ekar.

HSL meneruskan formula kejayaannya untuk menyediakan rumah yang lapang dan direka bentuk estetik di lokasi strategik dengan kemudahan lengkap seperti sekolah, pejabat pentadbiran kerajaan, pusat peranginan dan taman negara untuk memenuhi permintaan hartanah.

Seluas 31 ekar untuk taman berpusat yang dilengkapi dengan laluan berjoging dan berbasikal untuk menggalakkan penduduk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan hijau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan